Thursday, December 10, 2009
Tiada biasiswa tak boleh sambung Ph.D ke ...
Saya tidak terkejut dengan surat edaran Bahagian Tajaan Pendidikan bertarikh 10 Disember, 2009 seperti yang saya paparkan dalam laman blog JPM hari ini. Lagi pun rakan-rakan saya sebelum ini, ada meramalkan kemungkinan-kemungkinan ini akan berlaku. Isunya ialah program biasiswa untuk melanjutkan pengajian peringkat Ph.D dan Sarjana ditangguhkan kerana ketiadaan peruntukan. Ironinya, ramailah rakan-rakan saya yang bercita-cita untuk melanjutkan pengajian tahun depan terpaksa berputih mata. Hanya ditangguhkan bukannya ditamatkan. Bermakna kalau ekonomi Malaysia kembali pulih, maka biasiswa tu akan diadakan semula. Tapi tidak mengapa kerana, apa jua yang berlaku ada hikmah di sebaliknya. Saya tertarik dengan peribahasa kita, 'Hendak seribu daya, tak nak seribu dalih'. Maknanya, kalau tak dapat biasiswa kerajaan, kita batalkan hasrat sambung belajar?. Jangan begitu ... Saya kagum dengan semangat Pn. Faiziah yang belajar Ph.D tanpa biasiswa. Nampaknya beliau boleh lakukan dan senang gak.. tapi kaya tak kot. Syabas En. Amran dapat isteri bersemangat waja.
Catatan Terkini
-
▼
2009
(12)
-
▼
December
(10)
- Wajib lulus Bahasa Inggeris 2012
- Pengetua dan guru besar adalah pemimpin sekolah
- Pengetua dan guru besar diberi kuasa memecat ...
- Potong sajalah ...
- Tiada biasiswa tak boleh sambung Ph.D ke ...
- Khidmat guaman terbaik untuk bela guru besar
- Tidak semua GB atau pengetua bijak mentadbir sekolah
- Jadi cikgu .. kaya taklah, tapi senang bolehlah
- SGM ... Piawaian Guru Malaysia
- SGM ... Memperkasa Profesionalisme Perguruan
-
▼
December
(10)